Friday, 23 December 2011

INTERNET


Internet adalah singkatan daripada perkataan ‘Inter- Network’. Merupakan rangkaian yang terbesar yang menghubungkan berjuta-juta komputer  di dunia. Setiap maklumat yang terdapat di dalam komputer boleh dicapai oleh mana-mana komputer dalam rangkaian internet dalam masa yang singkat.
Pautan komputer kepada internet adalah berbeza-beza dan terdiri daripada pelbagai pautan modem. Antaranya ialah melalui pautan talian telefon atau pautan gentian optik yang menggerakkan data dalam kadar yang pantas.

PERKEMBANGAN INTERNET DI MALAYSIA
Penggunaan internet di Malaysia bermula pada pada awal tahun 1990-an. Kemudahan ini disediakan oleh JARING (Joint Advanced Research Integrated Networking) pada tahun 1992. Selain JARING, TMNET juga menjadi salah satu daripada Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP- Internet Service Provider) semenjak tahun 1995.  TMNET ialah rangkaian computer yang disediakan  oleh  Telekom Malaysia Berhad, manakala JARING ialah sebuah organisasi di bawah MIMOS (Malaysia Institut of Microelectronic System). Melalui rangkaian-rangkaian ini, kita dapat dihubungkan ke tempat lain seperti New Zealand  dan sebagainya melalui internet.

BAGAIMANA KOMPUTER DIHUBUNGKAN KE INTERNET?
Terdapat 2 cara untuk menghubungkan ke Internet :
  • Sambungan kekal (sambungan yang digunakan oleh organisasi besar, cth : university dan jabatan kerajaan). 
  • Sambungan sementara
Biasanya, modem akan digunakan untuk menghubungkan komputer kepada talian telefon. Modem adalah singkatan daripada perkataan ‘Modulator’ dan ‘ Demolator’. Pentingnya modem kerana
  • Boleh menghubungkan 1 komputer dengan komputer yang lain. 
  • Ia akan menukarkan isyarat digital yang dihasilkan oleh komputer kepada isyarat analog untuk dihantar melalui talian telefon.  Isyarat analog kemudiannya akan ditukar semula kepada isyarat digital oleh moem sebelum diterima oleh computer yang lain.

Terdapat juga 2 jenis modem :

1) Modem dalaman (terdapat dalam papan induk(motherboard) dalam bentuk kad yang dimasukkan           dalam   slot tambahan pada papan ibu tersebut.  dan
2) Modem luaran (modem yang terdiri daripada I unit yang berasingan daripada system computer). Ia akan disambung kepada pot komunikasi yang terdapat pada system computer.

LANGKAH-LANGKAH BERHUBUNG KE INTERNET

~ Tentukan capaian yang hendak digunakan, cth : ISP, melalui sekolah atau tempat kerja yang menyediakan sambungan terus kepada internet atau melalui perkhidmatan dalam talian(service online).
~ dapatkan perkakasan yang sesuai. Cth : computer, modem dan talian telefon.
~ Dapatkan perisian yang sesuai. Biasanya, 2 perisian diperlukan iaitu pelayar web( Microsoft internet explorer dan Netscape Navigator) dan program komunikasi(njika perlu perisian mel elektronik(Pegasus Mail atau Eudora) perlu disediakan, jika nak bersembang, kita perlu perisian IRC(INTERNET Relay CHAT) . 


BAGAIMANA INTERNET BERFUNGSI?

              Internet beroperasi dengan mengambil data dan membahagikannya kepada bahagian yang kecil  yang dikenali sebagai paket supaya pergerakan data lebih efisien.
Data ini mungkin terdiri daripada mesej dalam e-mel, fail dan sebagainya. Perisian yang akan melaksanakan tugasan ini ialah protocol komunikasi TCP/IP (transmission contro/ Internet Protocol).
TCP/IP digunakan dalam memastikan paket akan sampai ke lokasi yang dituju dengan betul dan disusun semula dalam susunan yang betul walaupun paket ke dua sampai lebih lambat daripada paket yang pertama.
Setiap computer yang menggunakan rangkaian TCP/IP perlu mempunyai satu alamat IP(IP address) yang unik. Alamat IP dibentuk daripada empat nombor, setiap satu di antara 0 hingga 255 dan dipisahkan dengan titik.



susah untuk diingat, internet membolehkan perwakilan no alamat IP dalam bentuk teks yang dikenali sebagai nama domain.


                    NAMA domain  www.jaring.my                         
Menandakan computer pelayan web

Kategori domain
.com- syarikat perniagaan
.gov- kerajaan
.edu-institute pendidikan
.net- pembekal perkhidmatan internet(ISP)
.org- organisasi
.mil- tentera
.my- Malaysia
.sg- singapura


PENGGUNAAN INTERNET
Antara perisian yang digunakan ialah
  • World Wide Web (WWW)
  • Mel Elektronik

WWW
WWW mengandungi laman maklumat yang disimpan di pelayan web. Untuk melihat web ini, perisian pelayar web(web brouser) diperlukan. 2 pelayar web yang popular digunakan ialah
~ netscape Navigator
~ Microsoft internet explorer

Membenarkan pengguna melihat teks, grafik, muzik, melihat video dan animasi.

No comments:

Post a Comment