Internet
adalah singkatan daripada perkataan ‘Inter- Network’. Merupakan rangkaian yang terbesar yang menghubungkan berjuta-juta
komputer di dunia. Setiap maklumat yang
terdapat di dalam komputer boleh dicapai oleh mana-mana komputer dalam rangkaian
internet dalam masa yang singkat.
Pautan
komputer kepada internet adalah berbeza-beza dan terdiri daripada pelbagai
pautan modem. Antaranya ialah melalui pautan talian telefon atau pautan gentian
optik yang menggerakkan data dalam kadar yang pantas.
PERKEMBANGAN
INTERNET DI MALAYSIA
Penggunaan
internet di Malaysia bermula pada pada awal tahun 1990-an. Kemudahan ini
disediakan oleh JARING (Joint Advanced Research Integrated Networking) pada
tahun 1992. Selain JARING, TMNET juga menjadi salah satu daripada Pembekal
Perkhidmatan Internet (ISP- Internet Service Provider) semenjak tahun
1995. TMNET ialah rangkaian computer
yang disediakan oleh Telekom Malaysia
Berhad, manakala JARING ialah sebuah organisasi di bawah MIMOS (Malaysia
Institut of Microelectronic System). Melalui rangkaian-rangkaian ini, kita
dapat dihubungkan ke tempat lain seperti New Zealand dan sebagainya melalui internet.
BAGAIMANA
KOMPUTER DIHUBUNGKAN KE INTERNET?
Terdapat 2 cara
untuk menghubungkan ke Internet :
- Sambungan kekal (sambungan yang digunakan oleh organisasi besar, cth : university dan jabatan kerajaan).
- Sambungan sementara
Biasanya, modem
akan digunakan untuk menghubungkan komputer kepada talian telefon. Modem adalah
singkatan daripada perkataan ‘Modulator’ dan ‘ Demolator’. Pentingnya modem
kerana
- Boleh menghubungkan 1 komputer dengan komputer yang lain.
- Ia akan menukarkan isyarat digital yang dihasilkan oleh komputer kepada isyarat analog untuk dihantar melalui talian telefon. Isyarat analog kemudiannya akan ditukar semula kepada isyarat digital oleh moem sebelum diterima oleh computer yang lain.
Terdapat juga 2
jenis modem :
1) Modem dalaman
(terdapat dalam papan induk(motherboard) dalam bentuk kad yang dimasukkan dalam slot tambahan pada papan ibu tersebut.
dan
2) Modem luaran
(modem yang terdiri daripada I unit yang berasingan daripada system computer).
Ia akan disambung kepada pot komunikasi yang terdapat pada system computer.
LANGKAH-LANGKAH BERHUBUNG KE INTERNET
~ Tentukan
capaian yang hendak digunakan, cth : ISP, melalui sekolah atau tempat kerja
yang menyediakan sambungan terus kepada internet atau melalui perkhidmatan
dalam talian(service online).
~ dapatkan
perkakasan yang sesuai. Cth : computer, modem dan talian telefon.
~ Dapatkan
perisian yang sesuai. Biasanya, 2 perisian diperlukan iaitu pelayar web( Microsoft internet explorer dan
Netscape Navigator) dan program komunikasi(njika perlu perisian mel
elektronik(Pegasus Mail atau Eudora) perlu disediakan, jika nak bersembang,
kita perlu perisian IRC(INTERNET Relay CHAT) .
BAGAIMANA INTERNET BERFUNGSI?
Internet
beroperasi dengan mengambil data dan membahagikannya kepada bahagian yang
kecil yang dikenali sebagai paket supaya
pergerakan data lebih efisien.
Data ini mungkin
terdiri daripada mesej dalam e-mel, fail dan sebagainya. Perisian yang akan
melaksanakan tugasan ini ialah protocol komunikasi TCP/IP (transmission contro/
Internet Protocol).
TCP/IP digunakan
dalam memastikan paket akan sampai ke lokasi yang dituju dengan betul dan
disusun semula dalam susunan yang betul walaupun paket ke dua sampai lebih
lambat daripada paket yang pertama.
Setiap computer
yang menggunakan rangkaian TCP/IP perlu mempunyai satu alamat IP(IP address)
yang unik. Alamat IP dibentuk daripada empat nombor, setiap satu di antara 0
hingga 255 dan dipisahkan dengan titik.
susah untuk
diingat, internet membolehkan perwakilan no alamat IP dalam bentuk teks yang
dikenali sebagai nama domain.
NAMA domain www.jaring.my
Menandakan
computer pelayan web
Kategori domain
.com- syarikat
perniagaan
.gov- kerajaan
.edu-institute
pendidikan
.net- pembekal
perkhidmatan internet(ISP)
.org- organisasi
.mil- tentera
.my- Malaysia
.sg- singapura
PENGGUNAAN INTERNET
Antara perisian
yang digunakan ialah
- World Wide Web (WWW)
- Mel Elektronik
WWW
WWW mengandungi
laman maklumat yang disimpan di pelayan web. Untuk melihat web ini, perisian
pelayar web(web brouser) diperlukan. 2 pelayar web yang popular digunakan ialah
~ netscape
Navigator
~ Microsoft
internet explorer
Membenarkan
pengguna melihat teks, grafik, muzik, melihat video dan animasi.